Gara-gara gastrik, Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail (Shy8), terpaksa beraya di hospital. Kata Deejay popular itu, kenangan pahit itu tidak dapat dilupakannya hingga kini walaupun ia berlaku ketika dia berusia 20-an.
“Kenangan yang tak dapat dilupakan. Ketika itu, saya telah dimasukkan ke wad selama dua hari kerana diserang penyakit gastrik dan yang sedihnya, saya dimasukkan ke wad sehari sebelum raya.
“Ketika itu, pesakit lain semuanya mengambil cuti dan pulang beraya kecuali saya seorang. Apabila mendengar takbir berkumandang dan mengenangkan nasib saya yang berada di hospital, terasa sayu di dalam hati kerana tidak dapat bersama keluarga,” jelas Usop dipetik sebagai berkata.
"Tahun ni adalah kali pertama saya menyambut Hari Raya sebagai seorang artis, saya akui sanggup berkorban cuti demi menjalankan tugas sebagai deejay radio Hot FM.
"Saya tidak kisah cuti atau tidak kerana dulu juga saya pernah bekerja pada Hari Raya. Walaupun saya tidak dapat cuti raya tapi saya masih bersama isteri dan anak, itu sudah memadai," katanya yang mengendalikan segmen AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG.
No comments:
Post a Comment