28 September 2011

BERANI PUNYA BUDAK - FILEM TERKINI AFDLIN


Berani Punya Budak merupakan sentuhan terkini arahan dan lakonan Afdlin Shauki yang bakal menemui penonton hujung tahun ini. Meskipun tanpa promosi hebat, namun filem aksi komedi ini dijangka mampu pecah panggung sebagaimana filem-filemnya yang lain.



Afdlin yang berada di Bangkok, Thailand Isnin lalu dilihat gigih menyiapkan filem tersebut khusus untuk peminatnya. "Insyaallah akan berjumpa dengan anda hujung tahun ni tanpa wajib tayang!" Ujarnya.

SINOPSIS:
Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.

Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data informasi pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.

Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.

PELAKON:
Afdlin Shauki : Tong / Shuhaimi Abdullah
Pairote Boongerd : Bee / Pairote
Supakson Chaimongkon : Rita
Sahaschai Chumrum : Kovit
Awie : John
Nabil Raja Lawak : Brother John
Johan Raja Lawak : Detektif Azlan
Adlin Aman Ramlie : Detektif Azman
Riezman Khuzaimi : Kuza
Wanchart Chuncri : Somboon
Sharifah Sofea : Hmeaw
Rapeepan Budthong : Gun
Dean Alexandrou : Mai
Don Ferguson : Don

TONTON TRAILERS


No comments: