11 September 2011

FARAH LEE - LEBIH BAIK BERDIAM DIRI

Farah Lee, pelajar dari Terengganu, tidak mengiyakan atau menidakkan gosip yang mendakwa Ally Iskandar pernah datang merisik dirinya. Dalam tulisannya di facebook (FB) baru-baru ini, Farah yang ditanya oleh seorang rakan FB tentang kebenaran gosip tersebut sebaliknya hanya mengambil sikap mendiamkan diri.

"Tak berani Farah jawab, takut lain pula tafsirannya. Berdiam diri itu lebih dituntut," ujar Farah dalam Facebooknya.

"Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki," ujarnya lagi seolah memberi pembayang.

Lebih menarik, Farah juga memberi tips panduan video pada pasangan yang mahu menikah di facebooknya: "for those yang bakal melafazkan akad dan yang bakal menerima akad. Especially my cuzzie, Azira Zamri. With ♥," tulisnya.

Kesimpulannya, jika benar gosip merisik tersebut... nampaknya Ally telah memilih gadis yang tepat dan pandai menjaga hati semua pihak. Bak kata pepatah, Kalau jodoh tak lari ke mana!


Klik untuk imej besar...




Farah Lee dan ahli keluarga...



Photo: FB farah Lee




BERITA TERDAHULU...
ALLY ISKANDAR MERISIK GADIS TERENGGANU??


No comments: