26 September 2011

IRMA HASMIE DOAKAN NABIL BAHAGIA


"Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," demikian ujar pelakon Irma Hasmie, 29, bekas kekasih Nabil Raja Lawak, 28, bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang empat hari lagi (30 September 2011).

Tambah Irma, dia merasa tidak manis jika dia hadir ke majlis pernikahan itu nanti kerana bimbang disalahertikan oleh pihak lain. Selain itu, dia tidak mahu timbulnya perkara yang tidak elok kerana dia menghormati hari bahagia bekas kekasihnya itu.

Manis... Irma kini bertudung


"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah.

"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," katanya.

Bila ditanya mengenai teman hidup, Irma bagaimanapun mengakui masih belum mempunyai teman istimewa, malah sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasi hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambah Irma yang dipetik dari Murai.



No comments: