26 September 2011

MAMPUKAH ROSYAM HANGATKAN KL GANGSTER 2?


Datuk Yusof Haslam telah mengumumkan bahawa filem prekuel KL Gangster akan memulakan penggambaran yang dijangka pada bulan November atau Disember tahun ini. Ia adalah susulan kejayaan filem KL Gangster yang telah mencapai kutipan sebanyak RM12 juta sepanjang tempoh penayangannya.

Sementara itu, pengarahnya Syamsul Yusof berkata, tawaran yang diberikan kepada Rosyam Nor dibuat bagi menjadikan KL Gangster 2 lebih mantap dan menjanjikan adrenalin yang lebih bertenaga. Ini kerana, kita semua memang faham bahawa Rosyam amat sinonim dengan watak jahat satu ketika dahulu contohnya dalam filem Lenjan Castello dan banyak lagi.

“Pada masa yang sama, para pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan turut dikekalkan,” kata Syamsul dipetik sebagai berkata.

Persoalannya sekarang, apakah Rosyam masih releven dan sentuhannya masih berbisa? Apakah percaturan Syamsul memasukkan Rosyam dan mengekalkan pelakon terdahulu akan menghasilkan karya lebih hebat?

Mampukah KL Gangster 2 nanti menyaingi kehebatan KL Gangster sebelumnya yang berjaya mengutip lebih dari RM12 juta? Atau mungkin ada filem lain yang bakal meranapkan impian Yusof dan Syamsul untuk terus menerajui tahta kutipan tertinggi 2012 nanti.

Jawapannya... sama-sama kita saksikan perang box office ini. Bak kata pepatah, untung sabut timbul... untung batu tenggelam.!!

Klik untuk imej besar...


Poster sekadar hiasan dan imaginasi peminat



No comments: