26 September 2011

10 BARANGAN PERIBADI ERUL AF9


Kalau nak tahu, ada 10 barangan paling berharga buat Erul atau nama sebenarnya Hairul Najmuddin Abu Samah, 20. Barangan tersebut memang selalu di bawanya atau menjadi simpanan peribadi sebagai kenang kenangan yang amat sukar diperolehi.

Selain itu,  bekas peserta Akademi Fantasia itu juga mengakui yang dia merupakan seorang yang amat taksub dengan permainan video. Tabiatnya itu bermula sejak dia kecil dan hingga kini masih lagi gemar bermain game menggunakan alat mudah alih PSP.



“Selepas puas bermain dengan permainan video itu baru saya akan makan dan minum. Tabiat saya ini tidak berhenti sehingga saya meningkat remaja. Sekarang ini, saya masih lagi menggemari permainan ini tetapi tidaklah seteruk dahulu,” katanya.

Jom kita lihat apakah barangan berharga buat Erul itu!

1 - iPad

Ipad ini merupakan hadiah dan kenangan terakhir dari AF9.

2 - Cakera padat

Amat meminati muzik berunsurkan K-Pop, membuat Erul menyimpan CD 2PM dan lagu-lagu bekas pelajar AF9.

3 - Kemeja AF9

Baju ini mengingatkan kenangannya ketika di AF9.

4 - Jam tangan

Jam tangan merupakan aksesori penting yang wajib bagi Erul.

5 - BlackBerry Torch

Erul membeli BlackBerry Torch menggunakan wang pendapatan pertamanya selepas bergelar artis.

6 - PSP

PSP ini ibarat nyawa Erul kerana dah memamng hobinya bermain game.

7 - Novel

Erul gemar berfantasi dengan watak-watak rekaan dalam novel terutama buku karya penulis dari Jepun

8 - Headphone

Erul amat menggemari muzik dan tidak sah sekiranya tidak mendengar muzik setiap hari.

9 - Cermin mata

Akibat meminati bintang muzik Korea, Erul mempunyai hampir 30 pasang cermin mata untuk koleksi.

10 - Kamus

Erul sering menggunakan kamus ini apabila membaca novel berbahasa Inggeris bagi menguatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya.


*Sumber: Mingguan mStar


No comments: