26 September 2011

SAH CHEF WAN BAKAL PINANG ANA DAHLIA


Bagaikan sebuah drama yang mengetengahkan happy ending, akhirnya Chef Wan tanpa berselindung membuka rahsia yang dia merancang untuk menghantar rombongan ke Taiping, Perak bagi meminang Ana Dahlia, 28, pada 4 Oktober ini. Lebih manis, Chef Wan juga mahu menyatukan anaknya Mohd. Nadzri, 30, selewat-lewatnya minggu kedua Disember tahun ini juga.

"Semuanya akan berlaku selepas saya selesai bercuti selepas krismas nanti bersama rakan-rakan dari London ke pulau peranginan eksotik di Thailand. Saya fikir saya akan buat parti kecil di kalangan rakan-rakan rapat tanpa gaya Tradisional Melayu untuk 'Bridegroom reception'.



"Kali ini saya telah membuat keputusan untuk melakukan resepsi yang kecil tetapi meriah dengan hanya 500 tetamu bersama muzik dan tarian majlis perkahwinan gaya barat. Ia mungkin akan diadakan di pusat peranginan seperti Langkawi, Kedah. Intim, bergaya dan hebat!" ujar Chef Wan melalui Facebooknya.

Kenyataan Chef Selebriti ini ekoran gosip yang melanda keluarganya berikutan kontroversi Ana Dahlia yang didakwa janda. Chef Wan sebelum ini menyatakan dengan tegas bahawa dia tidak kesah status Ana Dahlia kerana yang penting ialah kebahagiaan anaknya.

"Benda yang halal nak dirikan masjid buat apa kita nak mempertikaikan kisah yg lalu?" tegasnya baru-baru ini. Malah dia juga seolah-olah kecewa dengan segelintir wartawan yang gemar memperbesarkan isu tersebut berbanding program masakannya yang tidak mendapat publisiti.

"Di Malaysia ni press kalau dapat cerita-cerita begini kelam-kabut nak talipon i mintak komen sana sini.. silap hari kena carut atas bawah dari i nanti! Pasal nak telanjang kan orang bagi lah sesetengah mereka tu tapi jika cerita i pi satu dunia promote malaysia ini sometime ada media kita minta buat write up pun haram tak datang," dakwa Chef Wan penuh emosi.


No comments: