21 September 2011

ISU GAMBAR FIDA - MAMAT MENGAKU SALAH

Saya akui itu adalah salah saya!

Demikian pengakuan Mamat Sepah mengenai gambar Fida yang tidak memakai tudung dan nampak rambut dalam sebuah kereta. Tambah pelawak itu, dia sebenarnya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat.

"Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya dipetik sebagai berkata.

"Gambar tersebut diambil ketika saya dan keluarga sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain. Semasa gambar tersebut diambil, saya tidak perasan sebahagian rambut Fida terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu," ujarnya.



Seterusnya tanpa berfikir panjang, Mamat telah memuat naik gambar tersebut di laman Facebook miliknya tanpa pengetahuan Fida.

"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana hingga saat ini, saya belum memberitahunya mengenai isu ini.

"Saya rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, dan saya berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida. Saya juga berharap isu tersebut tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya," jelas Mamat bersungguh.

Gambar yang menjadi isu... klik untuk imej besar.!


Berita terdahulu:
MAMAT TANGKAP GAMBAR KANDID FIDA??


No comments: