05 September 2011

KRIS DAYANTI BAKAL JALANI CAESAREAN

Penantian itu satu penyeksaan..!!

Begitulah yang berlaku terhadap Krisdayanti yang hamil anak pertama dengan pasangannya Raul Lemos apabila bakal dibedah menggunakan kaedah Caesarean. Jadual pembedahan dikatakan bakal berlangsung hari ini setelah penyanyi itu ditempatkan di bilik pembedahan Caesarean di tingkat 3 Rumah Sakit Mitra Kemayoran Jakarta Pusat, Indonesia.

Bagaimanapun, ia bergantung atas keputusan doktor untuk membuat penilaian apakah Krisdayanti bakal dibedah hari ini atau sebaliknya.

Dalam pada itu, dikhabarkan bahawa Raul tidak sanggup melihat detik Krisdayanti dibedah dan sekaligus melahirkan anak pertamanya. Dia telah meminta Yuni Shara untuk menemani isterinya kerana Raul kemungkinan gementar.

"Bukan takut lihat darah, cuma tak sanggup melihatnya, sampai saya terbawa-bawa dalam mimpi. Saya tak berani, biar saya tunggu di luar... dan mungkin Yuni yang masuk," ," ujar Raul dipetik sebagai berkata.




No comments: