Akhirnya... penantian Krisdayanti di bilik bedah berakhir apabila beliau selamat menjalani pembedahan Caesarean di Rumah Sakit Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat, Indonesia. Lebih manis, anak kepada Krisdayanti dan Raul Lemos ini adalah anak perempuan seberat 2.95 kilogram dan lahir pada kira-kira jam 3.21 petang (waktu Malaysia).
"Anaknya perempuan, namanya Ariannha Amora Lemos," ujar Raul dipetik sebagai berkata.
Meskipun telah dua kali melahirkan anak, namun kali ini Krisdayanti mengakui ia amat berbeza sekali dengan pengalaman lampaunya.
Bercakap mengenai persiapan untuk bayi pula, mereka berdua mengakui sudah mempersiapkannya sejak awal lagi.
Terdahulu... Krisdayanti telah dilawati oleh beberapa orang keluarga terdekat termasuk kedua anaknya, Aurel dan Azriel. Anaknya itu berada di rumah sakit tersebut dengan ditemani Yuni Shara dan neneknya, Rachma Widadiningsih.
Klik untuk imej besar...
AnakSulung Krisdatanti, Aurel melihat wajah ibu
dan adiknya menerusi telefon bimbit.
No comments:
Post a Comment