13 September 2011

MESEJ LUCAH - MARUAH ZAIN SAIDIN TERJEJAS

"Saya terkejut apabila dikatakan menghantar mesej lucah kepada Ika sedangkan kami tidak pernah berkawan rapat atau pun bergandingan bersama dalam mana-mana drama.

"Bila keadaan ini terjadi, saya percaya, reputasi saya sebagai seorang pelakon turut tergugat kerana bukan semua orang suka dengan cerita-cerita negatif tentang selebriti-selebriti tempatan," ujar Zain Saidin, 27, mengenai isu kononnya dia menghantar mesej lucah melalui Blackberry Messenger (BBM) kepada penyanyi Ika Nabila baru-baru ini.

"Saya agak terkejut apabila isu berkenaan tiba-tiba dibangkitkan sedangkan saya langsung tidak pernah rapat dengan penyanyi tersebut. Bagaimanpunpun, saya tidak bersalah tentang hal ini dan tidak mahu memanjangkan cerita. Biarlah, ada yang menyukai kita dan ada yang tidak.

"Lagipun saya tak ambil kisah dengan isu ini. Mana tahu, ada orang lain yang menggunakan nama saya dalam BBM dia (Ika), saya tak tahu. Biarlah saya terima isu ini sebagai perkara positif," kata Zain yang telah dipertemukan dalam rancangan Melodi hingga menyebabkan mereka saling bermaaf-maafan.

Tambah Zain yang dipetik sebagai berkata, apabila dia disoal secara spontan oleh wartawan Melodi, dia terkedu dan tidak menyangka boleh dikaitkan dengan cerita negatif sebegitu.

Klik untuk imej besar...





No comments: