28 September 2011

NICOLE SCHERZINGER BERCIUM DENGAN STEVE TYLER


Sememangnya persaingan amat sengit antara rancangan realiti American Idol dengan rancangan terbaru, The X Factor. Bagaimanapun, persaingan itu tidak berlaku kepada juri rancangan tersebut, Steve Tyler dan Nicole Scherzinger.



Sebagai juri, mereka kelihatan sangat 'rapat' di Festival iHeart Radio yang diadakan di Las Vegas, USA. Ketika itu, mereka tidak segan menyanyi bersama meskipun terdapat juri American Idol yang lain, Randy Jackson dan Jennifer Lopez.

Dan dalam kemeriahan itu, Steve dan Nicole dilihat bercium mesra di atas pentas. Meskipun ciuman itu hanya dianggap sebagai ciuman biasa, namun ramai yang mengetahui bahawa mereka berdua sudah mempunyai pasangan hidup masing-masing... jadi ia agak dangkal jika dilihat dari sudut 'biasa'.

Dalam pada itu, Randy Jackson dan Jennifer Lopez turut hadir pada malam itu dengan personaliti dan gaya tersendiri. Sementara Simon Cowell kelihatan sedikit mual dengan aksi bercium tersebut disebabkan Steve Tyler adalah juri baru American Idol. Sumber: Dailymail


No comments: