16 September 2011

PENGAKUAN BERANI DAHLIA TECK

Dalia Teck, gadis yang dituduh menjadi perampas kebahagiaan antara Elia dan Khairul Fahmi membuat pengakuan bahawa terdapat banyak nombor telefon tidak dikenali yang menelefonnya sejak timbulnya isu tersebut. Dakwanya lagi, panggilan tersebut langsung tidak dilayannya kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan... tambahan pula dia merasakan dia bukan siapa-siapa pun untuk mengeluarkan kenyataan.

"Saya digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, sebab itu saya langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepada saya.

“Saya lihat ramai individu yang tidak saya kenali membersihkan nama Khairul Fahmi, dan saya sangat berterima kasih untuk itu. Macam sekarang ramai orang tidak suka saya, saya terima asalkan mereka tidak membenci Fahmi. Fahmi memerlukan orang ramai menyokongnya supaya dia terus memberikan persembahan terbaik di padang, bukan mencaci dia kerana hal-hal peribadi. Saya berasa kasihan padanya.”

Ditanya siapakah Dalia dalam hidup Khairul Fahmi... katanya dia dan Khairul sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi yang mengatakan Dalia ialah tempat dia mengadu masalah sebelum ini, kata Dalia dia tak mahu masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan.

"Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia, saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat.

"Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia,” ujar Dalia.

Benarkah begitu? Tepuk dada tanyalah selera!


Dalia Teck





No comments: