Meskipun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak, namun Faezah telah menerima sembilan dulang hantaran seperti set barangan kemas bertatah berlian 'Hearts On Fire' daripada Habib Jewels, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, sementara Heykal pula menerima 11 hantaran balas iaitu minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin, kamera dan beberapa barangan lain.
Hatta Dolmat telah diberi kepercayaan untuk mencipta fesyen busana serba putih, sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel.
Terdahulu, dua buah majlis telah berlangsung iaitu malam berinai dan majlis khatam Al-Quran. Manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang disertai majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri yang sama pada 4 disember nanti.
Jumlah imej 10: Klik untuk imej besar...




'Hearts On Fire' rekaan Habib Jewels istimewa untuk Faezah
ENAM (6) GAMBAR-GAMBAR LAIN:
PERKAHWINAN FAEZAH DAN HEYKAL
No comments:
Post a Comment