12 September 2011

ZIZIE EZETTE NAK AKTIF SEMULA?

"Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada pihak media untuk bersara daripada dunia lakonan. Suami saya juga tidak pernah menghalang jika saya ingin bergiat aktif kembali tetapi keputusan untuk menumpukan kepada rumah tangga buat ketika ini dibuat oleh saya sendiri," demikian penjelasan zizie Ezette ketika ditanya mengenai desas-desus yang dia mahu kembali aktif dalam dunia lakonan.

Ini kerana, sudah hampir dua tahun Zizie tidak aktif dalam bidang tersebut sekaligus membayangkan seolah-olah dia mahu bersara untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangganya.

Zizie yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, bagaimanapun menegaskan tidak akan bersara daripada dunia lakonan, malah suaminya juga tidak pernah menghalangnya untuk kembali aktif berlakon.

"Saya rindukan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya sejak dari dulu lagi cuma kini ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu tanggungjawab kepada rumah tangga.

"Tetapi adakalanya saya akan berlakon di hadapan cermin jika rindu untuk berlakon," kata Zizie dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Zizie mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama 2121 Vision Pictures dan dia kini sedang merancang untuk menerbitkan drama dan telefilem sulung dibawah syarikatnya itu. Perancangannya ialah mahu mengambil adiknya sendiri, pelakon Shaiezy Sam untuk berlakon dalam syarikat tersebut.

"Skrip sudah ada tetapi saya tidak mahu terburu-buru untuk menghasilkan drama atau telefilem kerana banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian dalam menjayakan sesuatu projek," ujarnya.




No comments: