11 October 2011

AHMAD JAIS PERGI UNTUK SELAMANYA...


Tinggal kenangan!

Seorang lagi penyanyi berbakat besar yang syahdu mendendangkan lagu pujangga terutamanya lagu mengusik jiwa di hari raya pergi meninggalkan kita. Beliau ialah Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Petaling Jaya, Selangor kira-kira jam 9.30 pagi hari ini akibat komplikasi penyakit paru-paru.

Allahyarham dikhabarkan telah dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan tersebut 25 September lalu selepas mengadu sesak nafas hingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Penyakit tersebut menyerang selepas beliau pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu dan beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam sebelum dipindah semula ke DEMC.

Mengimbas kembali jalur kehidupan seniman tersebut, beliau mengakui bukannya satu perkara mudah untuknya menyusuri liku-liku kehidupan sebagai anak seni. Allahyarham pernah berkata, terlalu banyak pengalaman yang dikutipnya semenjak bergelar penyanyi.

"Macam-macam pengalaman saya alami. Kena kapur dengan penganjur, mengadakan
persembahan di hujung-hujung ceruk, tidur di hotel yang tidak seperti hotel.

"Kalau nak dicerita memang panjang, tapi banyaklah juga pengalaman pahit dan manis yang saya sudah rasai.

“Saya tidak menyanyi untuk diri sendiri. Tugas saya adalah untuk menghiburkan orang lain dan dalam masa yang sama menyampaikan keinginan penulis lagu dan liriknya," kata beliau ketika hayatnya.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya di tempatkan oleh Allah di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..!

Klik untuk imej besar...

No comments: