11 October 2011
FARAH LEE AJAK BOIKOT MCDONALD PULA
Farah Lee, gadis kelahiran Terengganu yang sebelum ini dikaitkan dengan majlis risik pengacara TV3 Ally Iskandar menyeru masyarakat Islam memboikot McDonald pula. Dakwa gadis yang kini belajar di Korea itu, saham McDonald dimiliki oleh warga Israel-Amerika dan keuntungan mereka pastinya membuat rakyat Palestin lebih menderita dan tertekan.
"Sedikit sebanyak membantu saudara kita di Palestine. Hanya Allah yang dapat balas," ujar Farah melalui Facebooknya (FB).
Selain dakwa-dakwah yang menarik di FBnya, Farah dilihat terus bersikap berdiam diri apabila diajukan pertanyaan oleh rakan FB mengenai hubungannya dengan Ally. Kata Farah, beliau takut kata-katanya nanti akan disalah tafsir dan berdiam diri itu lebih dituntut.
Gambar yang dipaparkan di FB Farah - klik untuk imej besar..
"Berdiam diri itu lebih selamat. Tahan lidah dari cepat mengata, menghina, menuduh dan maki-hamun orang. Rasulullah saw bersabda, 'Sesiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau (kalau tidak lebih baik) diam sahaja.' [HR al-Bukhari dan Muslim]," tulis Farah yang membuat ramai pihak terus berteka-teki.
Kesimpulannya, apa yang dilakukan oleh Farah adalah tepat memandangkan Ally adalah selebriti popular yang punya ramai peminat. Selain itu, mungkin Farah tidak mahu terlalu cepat membuat pendedahan kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di masa depan.
Bak pantun ini:
Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak
Farah... terus berdiam diri
No comments:
Post a Comment