13 October 2011

ASHTON DAH BERPISAH DENGAN DEMI MOORE?


Selepas ditangkap basah melalui gambar-gambar curi kamera tersembunyi, kini satu lagi gosip bertiup kencang melanda Ashton Kutcher apabila Sara Leal mengakui Ashton ada membuat pengakuan yang dia sudah berpisah dengan Demi Moore.

"Ashton telah membuat kenyataan itu selepas ditanya beberapa kali oleh rakan saya, Alexis mengenai status perkahwinannya dengan Demi.

"Apabila dia mengaku sudah berpisah dengan Demi, kiranya saya anggap dia kini solo.

"Saya tak pernah mengikuti perkembangan selebriti Hollywood sebelum ini, sebab itu saya tidak tahu. Apabila terjadi kontroversi ini, siapa yang benar ya?" soal Sara mengenai status perkahwinan Ashton kepada media.

Sara dan Ashton - didakwa lakukan hubungan seks...


Nama Sara mula meletup apabila majalah gosip Star memaparkan beberapa foto yang menunjukkan Ashton sedang bergembira dengan tiga orang wanita termasuk dirinya sendiri. Ashton hanya mengenali Sara, Alexis, Katy dan Marta di sebuah kelab malam.

Selain berparti di bilik hotel, Ashton dan Sara dikatakan telah melakukan hubungan seks selepas mereka berlima mandi dalam tub bersama.

Benarkah Dakwaan Sara yang Ashton sudah solo? Bila diajukan soalan itu, Ashton dan Demi enggan memberi komen. Mereka sebaliknya hanya mengunci mulut sekaligus membuat ramai peminat mereka berteka-teki.

No comments: