12 October 2011

BOB LOKMAN NAFI DAKWAH BERNIAT POLITIK


"Tujuan saya semata-mata untuk mendidik umat Islam mendekatkan diri kepada Allah," demikian kata Bob Lokman yang ditahan JAIS kerana dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.

Tambah Bob lagi, dia bukannya mahu menyebarkan fahaman politik atau mempunyai agenda terselindung yang mahu mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.

"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor atau meraih populariti.

Hijrah Bob Lokman - klik untuk imej besar...



"Tambahan pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah di sisi agama," katanya dipetik sebagai berkata dalam satu wawancara dengan media.

Beliau yang ditahan selepas solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui telah disoal siasat oleh Jais mengenai tauliahnya. Penahanannya itu bagai mengulangi babak penahanan individu lain sebelum ini yang turut dituduh memberi ceramah tanpa tauliah.

Bob yang menyertai Parti PAS sebelum ini mendakwa tidak mempercayai lagi dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit serta mempunyai unsur-unsur yang tidak baik. Langkah Bob itu membuat segelintir artis lain merasa terhina dan menempelak dakwaan Bob yang disifatkan mereka kurang wajar.

No comments: