09 October 2011

DOA KRISDAYANTI BUAT IBU


Krisdayanti, penyanyi yang melonjak naik menerusi lagu 'Menghitung Hari' kini amat berharap agar ibunya cepat sembuh dan dapat keluar dari hospital. Ini kerana, dia bukan hanya amat merindui ibunya, malah dia juga mahu menyambut hari ulang tahun wanita yang telah melahirkannya itu.

"Mudah-mudahan sebelum hari ulang tahun, ibu sudah pulang," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Difahamkan, hari ulang tahun ibu Krisdayanti ialah pada esok (10 Oktober). Oleh yang demikian, dia hanya mahu melakukan yang terbaik untuk membuat ibunya bahagia.

"Saya juga selalu bawa Amora (anak yang baru lahir) untuk menguatkan semangat neneknya. Malah dengan ayahnya juga tiada masalah," katanya.

Menurut Krisdayanti lagi, dia amat berharap ini adalah kali terakhir ibunya masuk ke hospital. "Mudah-mudahan doa saya itu dimakbulkan oleh Allah."

No comments: