09 October 2011

WESTLIFE OH WESTLIFE...


Konsert kumpulan berasal dari Britain, Westlife telahpun berakhir kelmarin di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Kumpulan ini yang membuat siri jelajah 'Westlife Live in Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011' kali terakhir muncul di Malaysia ialah pada 2002.

Photo: Mstar

Kira-kira 7,000 peminat hadir menyaksikan persembahan yang mempunyai tiga segmen dan menampilkan 19 buah lagu seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Uptown Girl dan I Have A Dream.

"Kami sudah terlalu penat dan mengambil keputusan selepas tamat konsert jelajah ini kami ingin berehat panjang dan menikmati masa senggang untuk diri masing-masing.

"Namun jangan bimbang kami tidak akan berpecah atau meninggalkan terus dunia seni tapi mengambil masa untuk kembali semula dengan album yang lebih hebat," ujar Shane dipetik sebagai berkata.


Kesimpulannya, siri jelajah kali ini tidaklah semeriah tahun 2002 ketika Westlife dipuncak kegemilangan. Dengan kemunculan banyak kumpulan baru yang memberi saingan bagi kumpulan ini, Westlife bolehlah dikatakan agak 'suam-suam kuku' walaupun sedikit 'panas' disegelintir negara lain.

Meskipun myartis pernah menghadirkan diri dalam beberapa siri kedatangan Westlife sebelum ini iaitu 1999, 2001 dan 2002, namun myartis tidak hadir pada konsert 2011 kali ini. Kenapa..? Bukan tidak dijemput, tetapi jawapannya hanya kami sahaja yang tahu..!

IMBAS KEMBALI:
WestLife di Malaysia 2002, Lokasi: Genting Highland





No comments: