23 October 2011
FASHA SANDHA PUNCA IZREEN & JOHAN PUTUS?
Gara-gara Fasha Sandha, hubungan Izreen Azminda, 26, dan Johan As’ari, 25, jadi berantakan dan akhirnya putus di tengah jalan. Demikian dinyatakan oleh Izreen sendiri yang hadir di majlis sesi ramah mesra antara artis dan peminat sempena Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal menjelma pada 4 November depan
Lebih teruk, Izreen juga dilihat langsung tidak memandang wajah Johan sewaktu ditemubual oleh wartawan.
"Saya sudah memutuskan hubungan dengan Johan akibat terkilan dengan sikapnya yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta kami yang bermula pada Mei lalu.
“Saya berasa tidak senang dengan kenyataannya seolah-olah kami tidak mempunyai apa-apa sedangkan sebelum ini dia pernah mengaku mencintai dan menyayangi saya melalui rakaman video, gambar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Saya rasa sudah cukuplah apa yang dilalui sebelum ini dan tidak mungkin akan kembali bercinta dengannya selepas ini,” kata Izreen dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media di One Utama, Petaling, Selangor.
Dakwa Izreen lagi, punca lain yang lebih menyakitkan hati apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.
“Saya tidak dapat menerima alasan gambar tersebut diambil bagi tujuan promosi kerana mengapa perlu mengambil banyak gambar setiap hari dan kemudian menyebarnya di Twitter,” ujarnya lagi apabila disentuh mengenai gambar yang didakwa untuk promosi drama Cinta Elysa itu.
Bagaimanapun, Izreen akui bersalah kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat pelbagai kenyataan negatif tentang Johan ketika ditemubual oleh media sebelum ini.
“Saya mahu memohon maaf kerana saya agak emosional waktu itu. Biarpun sudah putus cinta, kami masih berkawan dan berharap semua orang faham tentang apa yang berlaku,” ujarnya.
Photo: Mstar
No comments:
Post a Comment