30 October 2011

INA NAIM DAPAT ANAK KEDUA 12 OKTOBER LALU


Rasanya masih belum terlambat untuk myartis mengucapkan tahniah kepada Mohd Suhaimi Saad dan Ina Naim (bekas kekasih Mawi) atas kelahiran anak kedua mereka 12 Oktober lalu.

Jika semasa Ina mengandung beberapa bulan lalu suaminya Suhaimi pernah berdoa berbunyi begini: "Allah, Sesungguh isteriku hamil. dan Engkau lebih mengetahui kepayahan dan perasaannya berbanding aku suaminya. aku mohon padaMu, Kau ampunilah dosa-dosanya, tunaikanlah hasrat-hasrat hatinya dan Kau jadikanlah aku orang yang sabar, memahami, ringan untuk membantu dan permudahkanlah urusan-urusan kami sehingga anak ini dilahirkan."

Dan akhirnya doa Suhaimi itu diperkenankan Allah apabila beliau dan Ina dikurniakan anak comel yang diberi nama Salman Elkhoyri. Lebih menarik, tarikh lahir anak mereka itu sama dengan tarikh lahir Suhaimi sendiri iaitu 12 Oktober.

Ucapan Suhaimi dan gambar baby - klik untuk imej besar...







No comments: