30 October 2011

ZIZAN NIN TERPESONG KE JALAN SONGSANG?


Zizan Nin amat berbesar hati dapat menjayakan drama Jalan Songsang bersama pelakon handalan lain yang bakal disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3. Menurut pelakon itu, kali pertama mendengar tajuk drama tersebut, dia terfikir apakah mungkin dia terpaksa melakonkan watak di lorong-lorong hitam?

Namun setelah membaca keseluruhan skrip drama itu, barulah dia faham bahawa ia mempunyai mesej keagamaan yang murni untuk kebaikan masyarakat.

Jalan Songsang mengisahkan seorang ustaz muda (Zizan) yang cuba mendekati golongan remaja dan belia bermasalah yang jauh tergelincir daripada norma kehidupan. Hakikatnya, bukan mudah untuk berdakwah mengajak mereka untuk mengikut jalan yang lurus... tambah-tambah jika di lorong-lorong hitam.

"Saya berharap lakonan saya itu dapat menyampaikan mesej yang baik dan murni," ujar Zizan.

Drama tersebut yang diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd, turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Shiela Mambo, Wan Sharmila, Hairi, Johan As'ari dan Widya.




BERITA SEBELUMNYA:
Zizan Nin rai peminat


No comments: