21 October 2011

KENAPA RAMAI BENCIKAN IZARA AISHAH?


Hanya kerana watak jahat dalam drama Soffiyya di TV3, Izara Aishah Hisham tiba-tiba menjadi perhatian ramai penonton yang bencikan watak Fiona lakonannya. Mungkinkah ini bermakna Izara telah berjaya membawa watak tersebut dengan baik hingga berjaya menimbulkan sakit hati?

Bagaimanapun, bagi pendapat segelintir pihak pula... Izara telah terjun ke dalam 'lubang' yang salah apabila berlakon sebagai Fiona. Kerana dakwa mereka, pelakon baru yang cantik seperti Izara tidak sepatutnya mengambil watak jahat jika mahu mengetengahkan bakat dalam dunia lakonan.

"Minda penonton di Malaysia kebiasaannya akan melabelkan watak tersebut sampai bila-bila. Jadi... berhati-hatilah bila memilih watak yang mahu dilakonkan agar ia tidak melekat dalam jiwa penonton yang emosional," dakwa seorang peminat drama tersebut dalam sebuah forum hiburan.




"Memang menyampah giler-giler dengan Fiona, kurang hajar giler-giler... rasa cam nak ludah muka dia dan nak lenyek-lenyek biar jadi ayam penyek," tulis seorang lagi forumer dengan nada marah tetapi lucu.

"1st impression is really important..." sampuk yang lain memberi nasihat.

Kesimpulannya, pengaruh lakonan Izara memang sudah meresap ke dalam jiwa penonton yang terlalu marah dengan watak yang dilakonkannya itu. Sama seperti sinetron Indonesia, Nada Cinta dan sebagainya yang memainkan rasa marah, simpati, penganiayaan, fitnah, busuk hati dan lain-lain lagi bagi mengikat penonton menyaksikan drama tersebut hingga ke akhirnya.



Namun jika dikatakan ia mungkin membunuh karier atau menempel watak jahat berterusan terhadap pelakon tersebut, rasanya tidak! Lihat sahajalah Rosyam Noor yang naik melalui watak jahat seperti Lenjan, Castello dan banyak lagi tetapi masih menjadi hero Malaya!

Hanya kesinambungan lakonan dan watak-watak akan datang Izara sahaja yang mampu merungkai masa depannya dalam dunia lakonan. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?






No comments: