20 October 2011

LEPAS RASHIDI, VANIDAH PULA BELAJAR DI UTM


Selepas Rashidi Ishak menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini giliran Vanidah Imran pula mahu menumpukan perhatian pada pengajiannya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Untuk info, beliau mengambil jurusan berkaitan pendidikan dan bahasa

Sehubungan itu, dia terpaksa berkorban masa dan harus menolak beberapa tawaran berlakon demi cita-cita tersebut.

"Saya memang merancang untuk sambung pengajian selepas Rashidi tamatkan pengajiannya. Alhamdulillah kini sudah masuk semester kedua saya di OUM.



"Secara jujurnya memang agak sukar untuk membahagikan masa dengan kerja sebab itulah saya menerima tawaran menjadi pengacara rancangan Nona dan menolak semua tawaran berlakon," kata Vanidah dipetik sebagai berkata pada majlis konvokesyen suaminya kelmarin.

"Saya menyesal kerana ketika muda saya terlalu sibuk mencari peluang dalam industri sehingga melupakan pelajaran dan saya menasihatkan artis-artis baru agar habiskan dulu pengajian mereka sebelum terlibat dalam industri ini.

"Industri ini sentiasa terbuka tapi peluang kita untuk belajar kerana itu lebih penting kerana pelajaran memberi nilai tambah dalam diri kita," ujarnya,

Tambah pelakon itu, semangat tersebut diperkuatkan lagi dengan dorongan ayahnya yang menyuruh dia menyambung belajar. Dan ketika ini adalah masa yang paling sesuai memandangkan suaminya sudah tamat pengajian.

No comments: