20 October 2011

ROZITA CHE WAN DAPAT BAYARAN 'BESAR'


Jika sebelum ini Rozita Che Wan, 38, didakwa meminta bayaran RM3,000 untuk satu siri drama dan ditolak oleh Grand Briliannce Sdn Bhd (GBSB) yang menganggap ia tak masuk akal, namun bagi sebuah syarikat produksi lain pula ia dianggap sebagai berpatutan dengan populariti pelakon itu.

Ini kerana penerbit Zeel Production, Fadzil Teh mengakui Rozita Che Wan mampu menarik lebih ramai penonton berbanding pelakon lain.

“Kami terpaksa mengeluarkan bayaran yang agak tinggi atas permintaan Rozita dan telah dipersetujui kedua-dua belah pihak.


“Ini kerana kami perlu meneruskan kesinambungan cerita 'Kiah Mai Pulak' memandangkan dia merupakan pelakon utama yang mampu menarik ramai penonton.


“Walaupun dia meminta bayaran yang mahal, tetapi dia masih memberikan komitmen yang tinggi serta menyediakan kostum sendiri yang cantik-cantik untuk penggambaran drama ini.

“Kostum yang dipakai lebih menyerlah dan berwarna-warni berbanding sebelum ini. Dia sanggup membeli sendiri kostum-kostum tersebut. Mengenali Rozita, dia bukanlah seorang yang mudah memakai baju yang ditaja. Lagipun susah untuk mencari penaja yang mampu menepati seleranya,” kata Fadzil dipetik sebagai berkata.

Kiah Mai Pulak merupakan kesinambungan daripada drama Kiah Pekasam yang pernah disiarkan di Astro Warna (saluran 132).


Difahamkan, Kiah Mai Pulak menceritakan Che Kiah telah diminta oleh pihak istana supaya mengendalikan sebuah resort yang baru saja ditubuhkan di daerah Kuala Perlis. Kiah serba salah namun dengan semangat dan tunjuk ajar, Kiah berjanji untuk mengusahakan resort itu hingga berjaya.

Drama bersiri ini masih mengekalkan muka-muka lama seperti Fendy London, Azza Rima, Cip Puteh, Sabrina Ali, Sheila Rusly, Eizlan Yusof dan Aiman (Mentor). Selain itu, ia turut menggandingkan pelakon kontroversi yang pernah dikatakan bercinta dengan Rozita iaitu Zain Saidin.

No comments: