24 October 2011

NANA NAFI BERCERAI DENGAN BRAIN


Selang 24 jam selepas gosip cerai Nana dan Brain disebarkan dalam forum dan blogger, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menafikan yang beliau telah berpisah dengan suaminya Mohammad Raqeem Brian.

Penafian tersebut diketengahkannya dalam twitter Nana Mahazan dan blog rasminya beberapa jam lalu sebagai menangkis dakwaan yang mengatakan seorang councelor mendedahkan yang dia berpisah gara-gara 'hantaran gitar'.

"I'm ok! Cuma terkilan sampai tahap tu sekali orang buat cerita.. Harap pembaca tidaklah percaya bulat-bulat... Saya ni sangat transparent, kat blog semua saya cerita.

"Nana dan MRB tak pernah jumpa mana mana kaunselor, ke pejabat agama ke atau terdetik walau sedikit pun untuk kita orang bercerai.. Mintak simpang lah.. Memang ajal, maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Illahi, tapi buat setakat ini, kita orang BAHAGIA," ujar Nana menafikan gosip yang tersebar.

Klik untuk baca penafian Nana...


Terdahulu, seorang forumer CARI mendakwa: "Aku baru balik dari majlis ilmu kekeluaragan. One of the speakers was a councelor. Dia ada fail beberapa artis antaranya arbaiyah dan nana. Aku terkejut bila speaker tu cakap Nana n Brian dah divorced. Tu la bg lg gitar taim kawin. Lebih kurang cm tu la ayat counselor tu. Bila ek dia orang cerai. Ingat happily ever after".

Dengan penafian tersebut, maka bolehlah dianggap penceraian yang dihebohkan itu tidak berlaku sama sekali dan keluarga mereka tetap bahagia. Harapan kita, moga Nana dan Brian terus tabah mengharungi kehidupan sebagai 'public figure' yang sering menjadi perhatian ramai.

Gambar terkini Nana disamping suami dan anak...




No comments: