24 October 2011
'SUAMI' YANG DIINGINKAN OLEH FARAH LEE
Kita semua sudah membaca dan mendengar gosip mengenai Farah Lee, gadis yang didakwa dirisik oleh pengacara TV3, Ally Iskandar. Hingga kini, baik Farah mahupun Ally, masing-masing masih enggan berterus-terang tentang hubungan atau majlis risik seperti yang didakwa itu.
Kerana persoalannya sekarang, adakah majlis risik itu benar-benar berlaku... atau ia hanya sekadar gosip semata-mata?
Malah Ally dalam satu temubual dengan media baru-baru ini turut enggan memberi komen dan lebih senang mengambil sikap berdiam diri.
Namun begitu, Farah yang sememangnya rajin menulis dan memberi kata-kata dakwah di laman facebook mahupun blognya kadangkala memberi sedikit kiasan tentang calon suami pilihan hatinya. Mungkinkah calon suami yang dimaksudkan Farah ini ada sedikit kena mengena dengan Ally atau ia sekadar coretan semata-mata? Allahualam..!!
Jom baca coretan Farah yang tidak disunting ini...!
Gambar daripada blog Farah Lee - klik untuk imej besar
Bakal suami..
Bila bercakap tentang cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang. farah yang 'up to date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara tentang CINTA.
saya akui, pandangan saya sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang cinta memang jauh ketinggalan. saya masih kukuh dan kuat memegang prinsip 'bercinta selepas kahwin'.
saya sangat gemar bersosial. dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang saya lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. tetapi soal hati, saya asingkan.
tidak pantas untuk saya katakan saya tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai. saya juga berani jamin, tiada orang yang tiada perasaan 'ingin bercinta' begitu kerana lumrah kita manusia, dicipta bernafsu dan berperasaan. kita bukan malaikat. tetapi biarlah perasaan itu disalurkan dengan betul dan halal.
saya petik kata-kata ini,
"While chemistry and attraction are no doubt important, character precedes them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse infatuation and lust for love."
apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" jelah.
tetapi awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha Mendengar.
saya juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.
jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.
timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.
bagi saya suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak utuh saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, besusah bersenang dengan saya adalah suami saya? yang lebih berat, wajarkah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?
jadi slogan untuk hari ini,
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."
Kenangan Farah dan Ally..
No comments:
Post a Comment