05 October 2011

TANPA MAMAT - SEPAHTU GANTI SEPAH


'Sepahtu' merupakan nama terbaru bagi dua bekas anggota kumpulan Sepah yang menubuhkan sebuah kumpulan baru selepas berpecah pada Ogos lalu. Ia kini hanya dianggotai oleh Jep dan Shuib tanpa Mamat.

"Kami nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepadanya.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, semalam.

“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.

“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujar Jep.

Dulu bertiga, kini hanya tinggal dua - klik untuk imej besar...


No comments: