05 October 2011

CHEF RIZ SELAMAT BERTUNANG DENGAN ANA DAHLIA


Setelah dilanda pelbagai kontroversi, akhirnya Ana Dahlia dan Chef Riz selamat bertunang hari ini. Majlis tersebut berlangsung di kediaman Ana sendiri iaitu bertempat di Changkat Jering, Taiping, Perak dan sekaligus menutup gosip 'janda' yang cuba di adu domba oleh pihak tertentu.

Difahamkan, rombongan pihak lelaki yang disertai oleh Chef Wan sendiri membawa lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin pertunangan. Dengan ikatan itu, maka majlis pernikahan dikatakan bakal berlangsung penuh adat pada 11 Disember nanti di tempat yang sama dan diikuti dengan majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pada 18 Disember di Sungai Koyan, Raub, Pahang.

Hantaran pertunangan - klik untuk imej besar...



"Majlis pertunangan dilakukan dalam suasana yang sangat ramah, meriah dan gembira kerana saya terpaksa membuat jenaka untuk membuat semua orang berasa selesa. Pada mulanya mereka telah minta hanya RM10, 000, tetapi dengan nasihat saya ia telah dinaikkan ke RM20, 000 kerana bagi saya belanja perkahwinan sekarang bukanlah murah. Mereka semua amat gembira dengan cadangan itu.

"Bila bercakap dengan Ibu Bapa Ana dan saudara-maranya, serta-merta saya dapat melihat mereka sangat lembut, berbudi bahasa dan kuat agama. Jadi saya sangat gembira akhirnya dapat bertemu dengan besan saya," ujar Chef Wan dipetik melalui FBnya.

Klik untuk imej besar...
..

..

Photo: Chef Wan & Serina Redzuawan

No comments: