Showing posts with label Pertunangan artis. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan artis. Show all posts

05 October 2011

CHEF RIZ SELAMAT BERTUNANG DENGAN ANA DAHLIA


Setelah dilanda pelbagai kontroversi, akhirnya Ana Dahlia dan Chef Riz selamat bertunang hari ini. Majlis tersebut berlangsung di kediaman Ana sendiri iaitu bertempat di Changkat Jering, Taiping, Perak dan sekaligus menutup gosip 'janda' yang cuba di adu domba oleh pihak tertentu.

Difahamkan, rombongan pihak lelaki yang disertai oleh Chef Wan sendiri membawa lima dulang hantaran termasuk sebentuk cincin pertunangan. Dengan ikatan itu, maka majlis pernikahan dikatakan bakal berlangsung penuh adat pada 11 Disember nanti di tempat yang sama dan diikuti dengan majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pada 18 Disember di Sungai Koyan, Raub, Pahang.

Hantaran pertunangan - klik untuk imej besar...


20 September 2011

DANNY X-FACTOR NIKAH PRAMUGARI

Dalam pada rakyat Malaysia bersorak gembira menyambut Hari Malaysia dan Merdeka, pelakon dan penyanyi Danny X-Factor sebaliknya telah menamatkan zaman bujangnya pada tarikh 16 September itu. Pilihan hatinya ialah pramugari AirAsia, Zaidatul Norfazleen Zakarian (Leen) dengan hantaran berjumlah RM11,201.10 dan perkahwinan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Kampar, Perak.

“Alhamdullilah, sempena hari malaysia dan 16 syawal, kami berdua menjadi suami isteri. Macam mimpi sebenarnya, macam berlakon pula. Perkahwinan merupakan benda yang paling besar berlaku dalam hidup saya. Jadi, Zainatul Norfazleen Zakaria ialah isteri saya,” ujar Danny dipetik sebagai berkata.

“Kami jumpa sekejap, kemudian bertunang enam bulan seperti yang dijanjikan. Kini, saya happy menjadi seorang isteri buat Danny," ujar Leen turut bersyukur apabila dipertemukan jodoh bersama Danny.

Majlis resepsi kedua mempelai dijangka akan diadakan pada bulan Disember ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Klik untuk imej besar...

24 July 2011

ZARINA ANJOULIE BERTUNANG..?

Setelah sekian lama dihimpit pelbagai kontroversi, pelakon drama 'Anak Pontianak' Zarina Anjoulie dikatakan telah bertunang baru-baru ini. Sejauh mana kesahihan pertunangan tersebut, hanya Zarina sahaja yang mengetahuinya.

Dalam hal ini, kita patut beri peluang pada Zarina untuk kembali kepangkal jalan. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil daripada Twitter Zarina...


Klik untuk imej besar...





Cincin tunang Zarina...





.

30 May 2011

ELLY MAZLEIN SELAMAT BERTUNANG...

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein selamat bertunang dengan pasangannya yang juga pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, duda beranak dua yang bercerai beberapa tahun lalu. Mereka berdua dijangka akan disatukan melalui ikatan perkahwinan pada Februari tahun depan.

Majlis bertambah meriah apabila Elly menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya itu yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur. Elly telah ditemani ibunya dan pereka pakaian pertunangan Eilla Faizshah dari Busana Cinta.

Elly dan Azmi telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang sebelum mula serius bercinta. Azmi kemudian mengambil keputusan untuk melamar Elly pada Februari lalu.

Kira-kira 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak hadir dalam majlis yang berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ itu. Azmi menghantar lima dulang hantaran manakala Elly membalas tujuh dulang seperti kek, manisan dan sirih junjung.


Klik untuk imej besar...






(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011