28 July 2025

'CONTENT' MESRA BERSAMA KEKASIH MULA TIMBUL RASA KURANG SENANG NETIZEN - RIENA DIANA AKUI MUAT NAIK KERANA TUNTUTAN KERJA



"Bagi saya, itu adalah lumrah (kena kec@m) apabila sudah menjadi orang yang dikenali. Kami pada awalnya buat konten berdua, jadi bila ramai yang suka ramai (klien) minta kami bersama. Jadi tak boleh nak lari sebab komitmen kerja.
"Untuk sekarang ini, saya rasa memang sudah lama kurang buat hantaran mengenai dia (Keith). Saya ini memang orang yang paling jarang buat hantaran kecuali mengenai kerja."

Itulah ujar pelakon Riena Diana ketika mengulas mengenai hubungan mesranya bersama kekasih, pelakon Keith Foo yang ditunjukkan di media sosial dimana ia mula mengundang rasa kurang senang netizen.

Kata Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, dia menganggap perkara itu sebagai lumrah bagi seorang yang dikenali, selain dia tidak berniat untuk meny@kitkan hati mana-mana pihak, namun kebanyakan hantaran mesra bersama kekaishnya itu adalah atas tuntutan kerja.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: