28 July 2025

DIKEC4M GARA-GARA PAKAI ANAK TUDUNG - ELLA AKUI SELESA, SENANG BERGERAK BUAT PERSEMBAHAN: "BAGI SAYA, GAYA INI SANGAT RINGKAS & MASIH MENUTUP AURAT"



"Sejujurnya saya memang suka sangat pakai anak tudung tetapi kadang-kadang perlu juga mengikut tempat dan acara. Sebelum ini ada netizen yang mar@h sangat dengan saya apabila mempers0alkan kenapa nak pakai anak tudung sahaja?
"Mungkin netizen p£lik tetapi mereka tak tahu betapa selesanya pakai anak tudung sahaja," ujar penyanyi Ella yang mengakui dia berasa selesa membuat persembahan pentas dengan hanya menggayakan anak tudung sahaja, meskipun pernah dimar@hi netizen.

Bagaimanapun, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 59, memberitahu, dia menggayakan anak tudung itu bersesuaian mengikut acara yang dihadiri.

Klik untuk gambar besar
Ujar penyanyi lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' itu lagi, gaya tersebut masih dikira sebagai menutup aurat, meskipun hanya mengenakan anak tudung.

"Bagi saya, pertama sekali gaya ini sangat ringkas dan masih menutup aurat. Tambah pula waktu saya buat persembahan memang senang untuk bergerak. Tapi saya masih menggayakan tudung seperti biasa, mengikut kesesuaian acara tertentu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: