28 July 2025

"BENDA ITU (ISU CERAI) BUKAN KITA MINTA, KITA SENDIRI PUN TAK NAK IA TERJADI" - ISTERI FIKRY IBRAHIM NAFI DAKWAAN ISU RUMAH TANGGANYA DIGUNA SEBAGAI STRATEGI UNTUK PROM0SIKAN PR0DUK



"Kita ini manusia biasa, tak sempurna. Kadang-kadang Allah uji. Ada yang tanya saya, 'Mama betul ke netizen kata marketing kena guna cerai dulu baru boleh jual produk?'. Tapi sebenarnya, benda itu (isu cerai) bukan kita minta. Kita sendiri pun tak nak ia terjadi."
Demikian kata isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan, dimana dia menafikan dakwaan isu rumah tangganya diguna sebagai strategi untuk memprom0sikan pr0duk perniagaan yang bakal dilancarkan.

Khalizah menerusi sesi siarang langsung, berkata, tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan dia juga tidak mahukan perkara itu terjadi.

Ulasnya lagi, dia tahu hukvm hakam serta beranggapan apa yang berlaku adalah ujian buat mereka suami isteri dan tiada siapa yang berkahwin tidak mahukan rumah tangga yang bahagia.

Klik untuk gambar besar
"Tak ada siapa pun yang nak bangga dengan perkara burvk. Tak ada siapa yang harap perkara macam ini berlaku. Apa yang jadi itu adalah ujian daripada Allah buat kami sebagai suami isteri.

"Saya pun walau tak pandai sangat bab agama, tapi saya tahu juga hukvm-hakam. Apa yang saya buat bukan semudah yang orang fikir. Siapa je nak kahwin tak bahagia bukan," ujarnya

Pada Jun lalu, peguam syarie mewakili Khalizah, mengesahkan anak guamnya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menarik balik permohonan cerai.

Jelas peguam Khalizah, anak guamnya memfailkan perceraian pada Mei lalu kerana tiada persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: