02 August 2025

KEDIAMAN DIS£RBU PENDUDUK SETEMPAT - DATUK SERI VIDA SEDEKAH BARANGAN RUMAH DI TERENGGANU



"Siapa orang Jerteh atau Besut, boleh datang ambil barang dalam rumah ini. Ada tilam, katil, meja, sofa, pasu bunga dan macam-macam lagi."

Demikian kata usahawan, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, dalam satu video yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, dilihat bermurah hati mendermakan barang kelengkapan rumahnya yang masih elok digunakan di Kampung Batu Tumbuh, Besut, Terengganu pada Jumaat.

Klik untuk gambar besar

Menariknya lagi, Vida turut berada di rumah berkenaan untuk menyantuni tetamu yang hadir dan menyerahkan sendiri barang-barang tersebut.

Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial anaknya pula iaitu Cik B, kelihatan orang ramai mula memenuhi kawasan rumah itu sekitar pukul 3 petang.

"Tak sangka seramai ini," tulisnya ringkas, dimana ia memperlihatkan Vida melayan kehadiran pengunjung dengan mesra dan penuh senyuman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: