02 August 2025

TERG£LINCIR DI KAWASAN AIR TERJUN - SYED SADDIQ C£MAS TAK SEMPAT TOLONG BELLA ASTILLAH



"Video 10 saat yang cukup mendebarkan, superman Muar (Syed Saddiq) pun tak sempat nak buat apa-apa," tulis kapsyen pada perkongsian video itu dimana ia memaparkan pelakon Bella Astillah berdepan detik c£mas apabila terg£lincir di kawasan air terjun.

Kejadian itu dipercayai sewaktu Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, bersama rakan kerja iaitu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjalani sesi fotografi sebuah jenama pakaian.

Menerusi perkongsian itu juga, Bella dan Syed Saddiq atau YB SS dilihat sedang menuruni jalan di permukaan batu air terjun, sebelum pelakon drama 'Aku Tanpa Cintamu' ini j@tuh terg£lincir disebabkan permukaannya yang licin, tanpa sempat dibantu oleh Syed Saddiq.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana Syed Saddiq turut dilihat cemas apabila melihat pelakon berkenaan terj@tuh.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, video berdurasi pendek itu tidak memaparkan kejadian yang berlaku selepas itu.

Sementara itu, dalam perkongsian lain, Bella turut memuat naik paparan perbualan mesej dia memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga.

Jelas Bella dalam kenyataan itu, dia akan melakukan pemeriksaan selepas ini kerana bimbang berlakunya dar@h beku.

"Nasib baik tak lupa ingatan, tapi balik dari Sabah nak buat pemeriksaan takut ada d@rah beku," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: