"Di kesempatan ini, saya nak buat satu permohonan maaf kepada pihak Awesome TV, di mana selepas perbincangan bersama dengan Shahrol (Shiro) dan Awesome TV, terdapat kekhil@fan saya dalam menuntut bayaran daripada pihak sebuah syarikat pr0duksi.
"Jadi, dengan merendah diri, sekali lagi saya nak memohon maaf kepada pihak Awesome TV dan semua yang terbabit," ujar pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh, Mamak yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada stesen Awesome TV atas kekhil@fan dirinya yang menuntut bayaran tertungg@k daripada pihak stesen berkenaan.
Mamak membuat permohonan maaf itu menerusi video pendek berdurasi 35 saat yang dimuat naik di media sosial miliknya dan beberapa jam kemudian didapati dikongsikan di akaun IG Awesome TV.
Sebelum ini, Mamak berkongsi kepada media mengenai tungg@kan bayaran lakonannya yang belum diterima sejak tiga tahun lalu.
Baru-baru ini juga, Mamak turut memuat naik fotonya bersama laporan polis dibuat berhubung bayaran tidak diterima itu dan rata-rata netizen bersimpati dan mendoakan urusannya berjalan lancar.
Bagaimanapun, difahamkan pihak Awesome TV turut mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tiga pelawak yang didakwa meny£barkan fitn@h, sekali gus menc£markan reputasi stesen TV itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment