Takziah diucapkan kepada penyanyi asal Singapura, Awi Rafael, 39, atas pemergian ibunya, Azizah Abdul Rahman yang menghembuskan nafas terakhir semalam.
Berita duk@ itu dikongsi Awi menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana dia menggambarkan perasaan sedih dirasainya atas kehilangan ibu tercinta.
Awi yang menyifatkan satu kehilangan besar yang berlaku dalam hidupnya, turut memohon agar wargamaya menitipkan doa buat arwah ibunya itu.
"Hari Jumaat yang penuh barakah ini, dengan hati yang amat berat, saya kehilangan insan paling berharga dalam hidup saya, ibu tercinta, Azizah Abdul Rahman.
"Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala amal ibadah, dan menempatkannya di syurga-Nya. Doakan kesejahteraan ibu saya. Terima kasih. Amin," tulis Awi yang tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai punca kem@tian ibunya.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen berharap Awi bersabar dan kuat semangat dalam melalui episod duk@ kehilangan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment