23 November 2011
ADIBAH NOOR SERIK BERCINTA
Gara-gara pernah putus cinta sebanyak lima kali, penyanyi dan pelakon Adibah Noor, 41, nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta.
"Pengalaman pahit itu membuatkan saya tidak sanggup melalui masalah yang sama lagi.
"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.
"Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," kata Adibah dipetik sebagai berkata yang kini membela kucing hampir 20 ekor.
Selain bertemankan kucing, Adibah juga mempunyai sekumpulan rakan perempuan yang masih lagi bujang dan mereka telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.
"Mereka dan keluarga tersayanglah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang," tambahnya yang tidak akan menolak jika akhirnya dia ditakdirkan bertemu jodoh.
No comments:
Post a Comment