23 November 2011

AL-QURAN PENGUBAT DUKA SAFURA


Bila teringatkan arwah anaknya Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada 12 September lalu, pelakon Safura Yaacob akan membaca surah Al-Fatihah seterusnya membaca pula Al-Quran.

“Sehingga sekarang, saya masih terkenangkan Mariam dan terpaksa menangis untuk melepaskan perasaan ini.

KENANGAN...Safura bersama suami,
Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham
Nur Aisyah Mariam (dua dari kanan) dan Yusoff Firdaus



“Bagaimanapun dalam masa yang sama saya reda dengan pemergiannya dan arwah ayah pesan kalau teringatkan dia, selalu baca Al-Fatihah dan mengaji untuk mendapat jiwa yang lebih tenang,” katanya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Safura kini hamil tujuh bulan dan baru-baru ini anak keempatnya, Yusoff Firdaus berusia lebih setahun dimasukkan ke hospital kerana demam dan paru-paru berair. Bagaimanapun, keadaan Firdaus kemudiannya beransur pulih sebelum dikeluarkan dari hospital dan kini sudah sembuh sepenuhnya.

Menurut Safura, jika dia rasa sedih... dia akan menyibukkan diri dengan anak-anak untuk mengubati kedukaannya itu. Tambah-tambah dia kini mempunyai banyak masa bersama mereka kerana kurang aktif dalam lakonan dan nyanyian sejak sarat mengandung.

No comments: