11 November 2011

BEKAS SUAMI SEDIA 'RUJUK' NABILA HUDA


Bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zaizali mengakui masih sayangkan jandanya itu dan dia bersedia menerima Nabila kembali (rujuk) dengan hati terbuka. namun ada syarat yang dikenakan oleh Zaidy... Nabila haruslah berubah atau lebih tepatnya meninggalkan perangai suka berhibur yang menjatuhkan maruahnya sendiri.

“Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka," ujar Zaidy dipetik sebagai berkata.

Nabila yang baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu didakwa bergambar memalukan di Pulau Tioman bersama teman lelakinya. Aksi Nabila itu turut dikritik oleh bapanya sendiri Amy Search yang meminta anaknya bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.

Zaidy... sedia terima Nabila..




"Saya memang terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila. Saya hanya dimaklumkan rakan mengenai gambar tersebut dan saya tidak mahu melihatnya," ujar Zaidy lagi yang kini mengambil alih tugas menjaga anak mereka Keisha Laila.

Bila Nabila naik angin di twitt...


No comments: