Pasti ramai yang sudah tahu mengenai juri program realiti Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang didakwa menipu profil kelayakannya konon pernah menyertai ‘Chef de Cruisine’ di Babboo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin. Bila terbongkar, Chef Riz yang merupakan anak kepada Chef selebriti Chef wan akhirnya terpaksa mengakui 'kesilapannya' itu.
“Chef Riz telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu,” jelas Astro dalam satu kenyataan.
Namun bukan itu yang myartis nak ceritakan... tetapi mengenai sikap segelintir bekas peserta program tersebut yang tidak segan-segan 'menghentam' dan 'mengutuk' Chef Riz. Sampaikan ada yang 'meludah' dalam komen-komen yang disiarkan untuk tatapan rakan twitter mereka.

Dalam masalah ini... memanglah Chef Riz bersalah. Namun dia sudah akui kesilapannya kerana terlalu ghairah mahu menjadi juri... jadi mereka tidak harus melenting. Lagipun, bukan Chef Riz seorang yang membuat keputusan, malah ramai lagi juri turut membuat keputusan menyingkirkan peserta yang tidak layak.
Bak kata pepatah Inggeris, ‘action speaks louder’ atau sikap akan mencerminkan peribadi seseorang. Tak gitu?
Klik untuk imej besar...


No comments:
Post a Comment