11 November 2011

FAIZAL ISMAIL (FBI) DAPAT ANAK LELAKI


"Allahuakbar... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani... Anak ketiga kami seorang Putera telah selamat dilahirkan ke dunia pada 9.03am pagi tadi. Segala-galanya dalam keadaan baik. Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan semua. Alhamdulillah!" Ujar penyampai radio HotFM Faizal Ismail (FBI).

Dengan kelahiran anak ketiga itu, terubatlah duka Faizal yang pernah kehilangan anak (meninggal dunia) beberapa tahun lalu. Apa yang menarik, anaknya lahir hari ini dengan tarikh cukup cantik iaitu 11.11.11.

Tahniah untuk Faizal! Myartis akan cuba mendapatkan gambar baby faizal secepat mungkin khas untuk anda semua. Tungguuuu...!!



Berita gembira daripada Faizal  
klik untuk imej besar...


Faizal Ismail (FBI)...


No comments: