19 November 2011

FAUZI DAN LISDAWATI NAFI DAKWAAN 'KAYU TIGA'


Ekoran dakwaan yang Fauzi Nawawi ada kekasih gelap, pelakon popular tersebut akan membuat laporan polis terhadap pihak yang dikatakan menyebarkan screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang didakwa palsu itu.

"Saya akan buat laporan polis!” tegas Fauzi dipetik sebagai berkata ketika dihubungi oleh media.

“Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”

Kami bahagia - Fauzi



Untuk info, antara kandungan dakwaan BBM tersebut ialah kononnya Lisdawati lebih mengutamakan ibu dan adik beradiknya dari dirinya sendiri. Dan isebabkan itulah, 'Fauzi' menjadi nakal dan memberitahu jika beliau tidak balik rumah pun isterinya tidak kisah.

“Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis ‘Kak lis’. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja,” ujar Fauzi.

“Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.

“Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya," tambahnya.

Sementara itu Lisdawati turut mempersoalkan kredibiliti BBM yang didakwa milik suaminya dan menyifatkan ia sebagai 'palsu'.

“Bukan ke Blackberry Messenger (BBM) ni boleh tukar nama ikut suka hati je? Sesiapa pun boleh menyamar jadi Fauzi Nawawi (suami) dan menyebar cerita yang bukan-bukan seperti ini. Andai kata gadis yang dimaksudkan oleh laman gosip berkenaan benar-benar mempunyai hubungan sulit dengan suami saya, sila ke hadapan dan bertemu saya. Saya janji tak akan marah,” cabar Lisdawati.

Turut mempersoalkan, screenshot BBM tersebut jatuh pada tarikh hari raya Aidiladha, iaitu pada 6-7 November 2011.

“Ingat tak, 4 November ada Anugerah Skrin 2011. Kemudian, pada 6 November pula jatuhnya hari raya Aidiladha. Saya boleh sahkan pada hari berkenaan kami sekeluarga pulang ke kampung mak saya. Ada saksi, iaitu kawan mak saya yang juga seorang ustazah. Pada petang berkenaan pula, suami saya baring tengok tv di ruang tamu. Kemudian, sekitar pukul 6 petang, suami saya ajak kami berkaraoke. Jadi, apa logiknya?

“Sebelum ini, ada seorang selebriti wanita ni pernah mengajak suami saya melakukan hubungan terlarang. Seperti biasa, suami saya memang suka menguji wanita murahan seperti ini kerana nak lihat sejauh mana mereka boleh pergi. Suami saya tak sorokkan mesej-mesej berkenaan, sebaliknya dia tunjukkan kepada saya kandungan mesej tersebut. Jadi, saya tak rasa tergugat pun dengan isu sebgini sebab saya tahu kelakuan suami.”

“Kalau mereka paparkan BB PIN suami saya pun, itu tak semesti suami saya benar-benar terlibat dengan hubungan sulit yang dinyatakan. Seperti yang saya katakan tadi, kalau gadis tersebut ada hubungan sulit dengan suami saya, tampil ke depan. Saya akan cakap, “Okay, betul ke kau suka kat suami aku?”, kemudian saya akan tanya suami saya, “Betul ke abang suka budak perempuan ni?”. Kalau betul suka, macam mana dengan perkahwinan kita pula?”

“Buat apalah nak gaduh-gaduh ni, nanti hidup tertekan, muka pun nampak tua,” ujar Lisdawati dengan nada lucu.

Menjawap pertanyaan apalah dia dan Fauzi ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gosip, kata pelakon itu dia bukanlah jenis yang suka bergaduh. Tambahnya, lebih baik selesaikan situasi ini menerusi cara yang profesional dan sepatutnya.

No comments: