18 November 2011

BILA FAUZI NAWAWI DIDAKWA 'MAIN KAYU TIGA'


Macam tak percaya bila membaca beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) mengenai Fauzi Nawawi yang didakwa ada menyimpan kekasih lain. Antara dakwaan paling teruk ialah Fauzi ada menyebut tentang niat berkahwin lain kepada kekasih gelapnya menerusi BBM tersebut.

Tambah tukang gosip, Fauzi Nawawi berbuat 'angkara' sebegitu kerana isterinya Lisdawati lebih pentingkan ibu dan adik beradik sendiri berbanding Fauzi sendiri. Adoiii... berat tuduhan ni!

Bukan apa, sebenarnya sudah banyak kali Fauzi kena fitnah macam-macam... antaranya ialah isu video lucah yang didakwa kononnya Ida Nerina sedang 'buat wayang XX' dengan Fauzi. Tup..tup, sampai sekarang kesahihan dakwaan tersebut hanya tinggal 'omong' kosong yang tiada bukti sahih.

Fauzi dan Lisdawati...




Kemudian timbul pula cerita kononnya Zarina Ann Julie ada mendedahkan seorang pelakon lelaki mengajaknya berasmara dalam akhbar utama. Jika diselami artikel tersebut, pelakon lelaki itu dakwanya mempunyai isteri yang juga seorang pelakon.

Artikel tersebut juga mengambarkan Zarina selalu menjadi mangsa kepada lelaki-lelaki nakal di luar sana termasuklah si pelakon lelaki tersebut.

Rentetan daripada pendedahan itu, tersebarlah khabar angin melalui forum dan juga blog yang pelakon lelaki tersebut adalah Fauzi, suami kepada pelakon Lisdawati.

Kerana hangat telinga, Fauzi dan Lisdawati telah tampil dalam Melodi bagi menjelaskan isu tersebut. Menurut mereka, Zarina Ann Julie telah memutarbelitkan fakta. Situasi pada mulanya seperti Zarina teraniaya dan Fauzi seorang suami yang nakal, tiba-tiba menjadi sebaliknya.

Tidak cukup dengan kontroversi tersebut, timbul pula isu terbaru mengenai Fauzi tidak selesa untuk bergandingan bersama isterinya. Kata Fauzi, dia tidak mampu untuk menjadi orang lain di sisi isterinya apabila diberi peluang berlakon bersama.

"Kalau boleh, saya mahu elakkan daripada berlakon bersama isteri saya. Kalau selalu sangat berlakon bersamanya, rasa tidak selesa pula. Balik rumah kita sudah bertemu, kemudian di lokasi pula kita perlu membawa watak sebagai orang lain. Kalau selalu sangat berlaku, ianya akan jadi tak selesa," ujar Fauzi dipetik sebagai berkata.

Kesimpulannya... dunia artis memang penuh cabaran dan dugaan. Ada pihak suka melihat artis mendirikan rumahtangga, dan ada segelintir pihak pula suka melihat artis bercerai berai.

Blackberry Messenger (BBM) sebenarnya bukanlah satu bukti sahih untuk menuduh atau mendakwa seseorang itu sudah 'curang' atau 'selingkuh' (dalam bahasa Indonesianya). Sesiapa sahaja boleh menyamar atau meletak nama Fauzi Nawawi dalam BBM mereka untuk memperdayakan mangsanya.

Oleh yang demikian, selagi ia belum sahih atau belum keluar daripada mulut Fauzi atau isterinya sendiri... maka ia bolehlah dianggap 'fitnah' semata-mata. Harapan kita, moga gosip tersebut tidak benar dan rumahtangga mereka terus kukuh seperti sedia ada. Aminn..!

Screenshot yang didakwa milik Fauzi
Sumber gosip dan imej: Rotikaya






No comments: