04 November 2011

GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE JADI 'MAKCIK'


Farah Lee, gadis yang dikaitkan dengan majlis merisik pengacara TV3 Ally Iskandar, baru-baru ini telah menjadi 'makcik' apabila mendapat anak buah kembar. Ini kerana kakaknya Lydia Lee selamat melahirkan bayi kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan melalui proses pembedahan.

*Can't help myself from sharing my happiness,* kata Farah dalam Facebooknya.

"Alhamdulillah.. My sister, Lydia Lee has just delivered her miracle pair of twins.
Prince: 10.32am, 2.58kg. Princess: 10.34am, 2.72kg. Auntie farah, auntie fafa, auntie snow, auntie annyong, auntie backom, auntie mamee monster or whatever your brother call me, is counting days to hug and kiss both of you.!!! Welcome to the new world. Be a good Muslim and Muslimah," tambahnya.


Melihat kegembiraan keluarga tersebut, mungkinkah Farah juga bakal 'bertuah' punya 'kembar' apabila mendirikan rumahtangga nanti sebagaimana kakaknya'? Namun itu semua hanya teka-teki semata-mata kerana baik Farah mahupun Ally, mereka masih lagi berdiam diri (tidak mengiyakan dan tidak menafikan) tentang 'hubungan' yang digembar-gemburkan itu.

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Farah dan keluarga. Moga kebahagiaan ini akan berkekalan hendaknya. Amin..!

No comments: