26 November 2011

KERANA NEELOFA, AWEK FADHLI SHAS BIMBANG?


Jika sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat (Apex) digosipkan dengan Dahlia Teck, kini timbul pula gambar-gambar gosip Mohd Fadhli Mohd Shas (Fadhli Shas) pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai Defender untuk Harimau Muda.

Fadhli yang berasal dari Lumut, Perak kononnya sedang bercinta dengan anak pengurus Harimau Muda sendiri. Bagaimanapun, nama gadis tersebut tidak diketahui dan kebenaran gosip ini hanya mampu ditentukan melalui gambar-gambar mesranya bersama Fadhli.

Untuk info, gosip bercinta ini timbul berikutan tersebarnya kisah artis baru Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, yang mahu 'belanja' pasukan Harimau Muda sekiranya menang pingat emas sukan SEA di Indonesia. Ia juga mungkin amaran kepada artis tersebut supaya menjauhkan diri daripada Fadhli dengan bayangan bahawa pemain itu sudah berpunya!

Klik untuk imej besar...




Neelofa nak belanja team Harimau Muda...


Ia berikutan kontroversi terhadap Neelofa yang sebelum ini dikatakan sebagai 'perampas' dan dalang dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle pada awal tahun ini.

Hubungan mereka didakwa terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 dan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya dengan Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.

Dakwaan lebih teruk, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.

Meskipun Neelofa menyangkal seratus peratus dakwaan tersebut, namun hingga kini masih ada segelintir pihak yang tidak mempercayai penafiannya. Dan kehangatan terus terasa apabila Neelofa menawarkan diri untuk 'membelanja' pasukan Harimau Muda yang disifatkan oleh segelintir pihak sebagai mahu 'memancing ikan'.

Benarkah begitu dan 'ikan' yang mana satu? Dalam hal ini, sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu isi hati Neelofa... Mungkin agaknya dia ikhlas mahu 'belanja' kerana merasa bangga dengan kemenangan pasukan Malaysia. Allahu A`lam..!

Jangan kacau, Fadhli saya punya..!





No comments: