25 November 2011

ALONG RL KEMPUNAN ANAK KEMBAR


Meskipun pengalaman menimang cahaya mata sulung telah berlalu pada 12 November lalu, namun Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron masih lagi terasa debar dan pengalaman berharga itu. Kesakitan bukan sedikit, malah ada ketikanya dia rasa seperti mahu pengsan sewaktu mahu melahirkan 'Ahmad Danial' yang seberat 2.55 kilogram di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi, Selangor.

Namun apa yang membuat dia terkilan ialah hanya melahirkan seorang sahaja anak berbanding apa yang dikandungnya sebelum ini. Ini kerana, sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, ketika di ABPBH April lalu, Zila mengalami pendarahan dan seorang anak kembarnya tidak dapat diselamatkan.

Klik untuk imej besar...




Ahmad Danial - baby Zila dan Along...


Kesedihan Zila itu sebenarnya turut dikongsi bersama oleh suaminya Along Raja Lawak (Muhammad Nizamudin Ahmad) yang diberi peluang oleh doktor menyambut kelahiran tersebut. Katanya, dia rasa mahu menitis air mata melihat kesakitan yang dialami oleh isterinya sewaktu proses melahirkan.

“Doktor bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menyambut anak. Masa itu saya menitis air mata kerana baru saya tahu kenapa Allah bagi syurga di bawah telapak kaki ibu. Masa Zila mula nak teran, dia dah minta maaf, minta saya ampunkan dosa dia serta halalkan makan minum dia.

“Saya ingat lagi, Zila pegang katil sampai nak bengkok. Zila tak mahu ambil epidural sebab dia nak buat semuanya secara normal. Masa Zila teran, dia hampir pengsan. Saya dah panik masa itu dan hanya mampu berdoa saja ketika itu. Lepas Zila bersalin, saya terus sujud syukur,” ujar Along dipetik sebagai berkata.

Ketika mula-mula berkahwin...


No comments: