10 November 2011

MICHELLE WEE (MELODI) KAHWIN 20-11-2011


Ini berita terkini yang baru kami terima... Michelle Wee, wartawan Melodi TV3 dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Deqwan Remaja, atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin pada 20 November ini.

Semuanya bermula apabila Deqwan dan Michelle dikatakan ada meluahkan hajat untuk berkahwin itu pada bulan November kepada sebuah media. Malah kad kahwin mereka juga sudah diedarkan kepada rakan taulan dan tertera huruf D & M.

Kad kahwin Michelle dan Deqwan
Klik untuk imej besar...





Untuk info, Deqwan adalah lelaki yang digosipkan berpeluk dengan Michelle selepas wartawan itu putus cinta dengan seorang lelaki yang mungkin bukan Islam. Gambar-gambar 'peluk' mereka tersebar seanterio alam apabila ada pihak yang mahu melepaskan geram terhadap Michelle yang sering 'menerjah' artis-artis melalui rancangan Melodi.

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Michelle dan selamat memasuki alam baru sebagai seorang Muslim. Moga selepas ini Michelle akan berbahagia dan mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT. Amin..!

Gambar kenangan Michelle dan Deqwan...





* Anda adalah pelawat terawal yang membaca berita ini. Terima kasih kerana melawat myartis!

No comments: